Media Sosial : Facebook (Part 4)

9 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2018, Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah menjalankan Kelas Media Sosial Facebook (Part 4) . Kelas ini melibatkan hanya seorang peserta iaitu Hj Md Isa bin Jaafar. Beliau merupakan seorang Imam di salah sebuah masjid di kawasan Kota. Atas kesedaran untuk berada seiring dengan teknologi semasa, beliau datang ke Pusat Ekonomi Digital untuk belajar tentang penggunaan media sosial .

Melalui kelas ini, beliau boleh memanfaatkan penggunaan teknologi bagi menyebarkan dakwah dan informasi keagamaan di Media Sosial. Beliau telah menghadiri kelas secara berkala dan sekarang beliau sudah mahir menggunakan laman sosial Facebook.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali